kehidupan yg penat.


penat dah hari-hari tgk laptop ney.sakit mata aku pandang kau la hari-hari.tapi kalau kau takda bosan pulak hidup ni.facebook pon same la.penat dah aku log in kau.tiap-tiap hari.tapi tu la.bila aku tak log in kau mmg aku bosan gila.dah cuba tak nak log in kau. tapi sumpah tgn ni gerak sendiri taip url kau kat mozilla tuh. movie pon dah penat jugak aku tgk. pegi wayang tgk movie. abang-abang kakak-kakak adik-adik kt gsc semua boleh cam dah muka aku.balik rumah sambung tgk movie kat laptop pulak. lagu pon dah penat aku dgr. laptop mmg dah berat dan sarat dengan lagu. lagu baru lama sejuk panas dangdut rock semua ada. hari-hari dengar berkali-kali sampai dah hafal lirik segala. study pulak x banyak tapi dah penat jugak.selak satu dua page je dah mengantuk. tido mmg best tapi bila tido banyak sgt bangun dari tido rase penat jugak. pendek kata buat ape pon penat la. menaip kat blog ni kadang-kadang je,tapi skang jari-jari semua pon penat. nak taip panjang berjela macam karangan spm mmg tak dapat la. takat nak taip kat sini tahap budak darjah satu je boleh. jadi bagi atuk nenek tok dukun tok kadi pak cik mak cik abang kakak adik yang ada jual ubat jangan malas sangat dan boleh bg hilang penat sila hubungi aku dengan kadar yang segera kerana telah bermacam gaya dan cara telah dilakukan utk menangani masalah ini tapi tidak berjaya. sekian.

tukang mengarut, wanfarahaqilah.

No comments: