
aku orang biasa macam kau semua jugak. menjalani hidup yang biasa. makan macam biasa. minum pon air biasa saje. tidur pon macam biasa. main facebook,ym,skype jugak mcm biasa. pergi toilet pon macam biasa. senang cakap semua pon biasa-biasa saje. bila semua pon macam biasa-biasa saje dalam hidup ni aku mula terasa bosan pulak. penat dah mencari sesuatu yang luar biasa tapi tak jumpa lagi smpai sekarang. tapi aku tak pasti apa yg luar biasa aku nak cari tuh. mungkin sesuatu yang lain dari biasa. tapi seperti biasa mmg aku tidak tahu apa die. dan setiap hari aku tetap melalui isnin yg biasa, selasa yg biasa dan hari-hari seterusnye yg biasa juge dan masih berfikir seperti biasa untuk mencari sesuatu yang luar biasa. dan pada satu hari yang biasa baru aku tahu. hidup ni mmg akan sentiasa biasa. cuma aku je kena biasakan diri. dan baru la aku sedar that day yang aku realize pasal benda tu, itulah hari yang luar biasa.
No comments:
Post a Comment