bila bosan.

random story #1

last night, sebab apa tah mata ni mcm gagah semacam je. selalunya awal je sudah mengantuk. nak menonton televisyen, semua nombor aku dah tekan kat remote control tu tapi mcm tak ada cerita yang menarik lagi tertarik. nampak laptop. online kejap macam best jugak kan. eh. pernah ke kejap aku online? sila la angguk iyakan. nak bukak facebook macam malas pula. sila la percaya. buat pertama kali aku online tak bukak facebook. pastu bukak blog. jalan pastu jogging blog orang sana sini. pegi jogging blog orang adalah senaman yang paling best sebab mmg tak pernah penat. hari hari pagi petang siang malam pon tak pe. haiih. rasa bosan ngan blog aku. asyik warna hitam je. tiba tiba rasa macam emo saja warna hitam tu. bukak photoshop edit itu ini, edit html coding sana sini, maka terjadi la layout baru ini. mahu buang apa emo emo segala. oh. lagu dekat blog ni tiada kene mengena dengan emo emo segala. cuma sekarang rasa best pulak dengar lagu ni. =.=".i had move on from whatever yang berlaku lepas lepas tu. at least i tried my best to move on kan. regret shouldn't exist in my dictionary kamus dewan or even google translator kot. hahaha. lebih baik stop sekarang. lagi lama i membebel blog ni akan kena virus emo emo segala balik. o.O

random story #2

oh. hari ni aku teringin makan cookies. haiihhh. apa kena tah. mengidam kot. pegi la selongkar refrigerator tengok apa ada. pastu g la amek buku resipi kek biskut segala. selak sana sini. jumpa la resipi butter cookies. macam sedap je kan. lagipun dengan bahan bahan yang ada kt dapur ni, butter cookies je yang boleh buat kot. nak buat cookies lain bahan tak cukup. jadi mulakan la pembuatan butter cookies........dan hasilnya..sila la tutup mata. haha.


macam macam bentuk aku buat. ni kes bosan namanya. haha. anda mahu? jemput datang rumah or boleh pm saya jika nak resipi. haha.

No comments: