kisah oldtown cyber-mcd bangi.

disebabkan server down di kelompok ilmu uniten.*tidak pasti sama ada kat rumah aku je or block aku je ke or satu kelompok ilmu tu server down.mmg malang skali nasib.aku pula sudah tidak dapat duduk diam hati gelisah dan gundah gelana segala kerana tidak dapat surf internet.tahap kebosanan pula meningkat naik setiap minit.nak karoke lyric plug in pon xda.apa nak buat.haihhh.tiba-tiba... *9.15mlm.

alia : korang nak x kua pegi mana2?

aku : jom!aku bosan gilaaaaa.
intan : nak pegi mana?

tyra : pegi tempat yg boleh surf intenet.
aku : btol!nak intenetttttt.arghhhh.

*dialog di atas telah di simplify bagi tujuan kesenangan utk memahami cerita.
jadi berangkat la kami berempat menaiki sebuah kereta viva elite milik cik alia.tujuan utama utk ke Old Town Cyberjaya.sebab situ je yg old town yg bukak 24 hours.lepak2 di sana.online kejap.tiba-tiba satu oldtown gelap.short circuit.gelap gelita.mungkin sebab ramai sgt pakai plug on laptop.bukan sekali je.adelah 2-3 kali jugak.kemudian setelah bosan duduk di dalam cahaya yg kejap terang kejap gelap di oldtown berangkat pula kami ke McD Bangi.satu lagi tempat yg bukak 24 jam.dan kami lepak2 di sana pula.smbil minum kopi goyang kaki dan online. mmg best!

No comments: